November 22, 2011

SELAMAT BELAJAR

Assalamualaikum kepada Puan Saira Banu Bt.Omar Khan dan Salam perpaduan semua rakan PJJ,Pembinaan blog ini adalah untuk menyediakan perkongsian pendekatan,strategi,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.

Karangan : Faktor-faktor Kejadian Kes Ragut Terus Berlaku di Malaysia?

Media Massa sering melaporkan kejadian jenayah seperti kes ragut yang sering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius. Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?

Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.

Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.

Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.

Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah” memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?

PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif,pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

November 2, 2011

koleksi penulisan Bahasa Melayu

KEPERIHALAN

1. Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah rumah anak-anak yatim. Semasa di sana anda berpeluang melihat bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Gambarkan suasana yang telah anda lihat di atas.

2. Pegawai Daerah akan melawat ke kampung anda tidak lama lagi. Sempena lawatan itu, penduduk kampung anda telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan kampug. Anda turut serta dalam gotong-royong tersebut. Ceritakan suasana pada hari itu.

3. Anda telah mengikuti abang ada menonton satu perlawanan bola sepak peringkat akhir di Stadium Merdeka. Semua pemain bermain dengan bersungguh-sungguh. Serang- menyerang sering berlaku antara kedua-dua belah pihak. Penonton bersorak-sorak.
Gambarkan suasana dan keadaan di stadium pada malam itu.

4. Semasa anda dan rakan-rakan anda sedang membuat satu eksperimen di bilik makmal sains, tiba-tiba satu letupan berlaku, Bilik makmal tersebut terbakar dan peralatan di dalamnya musnah. Keadaaan di dalam makmal menjadi kelam kabut. Perihalkan apa yang berlaku selepas itu.

5. Pada cuti persekolahan yang lalu anda telah menemani bapa anda pula ke kampung. Semasa melalui lebuh raya, kereta yang dipandu oleh bapa anda berhenti dengan tiba-tiba. Keadaan di sekeliling anda agak gelap dan menyeramkan. Gambarkan keadaan dan suasana ketika itu.

6. Pada hujung minggu yang lalu, anda telah berkesempatan mengikuti ibu anda ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Anda tertarik melihat gelagat seorang suami isteri yang begitu asyik memilih barang-barang. Gambarkan telatah mereka dan suasana yang anda dapat perhatikan pada hari itu.

7. Baru-baru ini anda berkesempatan menyaksikan satu istiadat pengkebumian yang berlangsung di tempat tinggal anda. Gambarkan suasana yang telah anda saksikan itu.




FAKTA

1. Penggunaan teknologi moden dapat memajukan sektor pertanian negara. Terangkan bagaimanakah teknologi ini dapat mengubah taraf hidup golongan petani.

2. Masalah sosial di kalanganbelia hari ini akan memberi kesan negatif kepada negara pada masa akan datang. Apakah langkah-langkah yang anda rasakan perlu untuk membendung masalah ini.

3. Kejayaan akdemik akan menjamin kehidupan yang bahagia. Jelaskan penyataan ini.
Hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak dapat membentuk keluarga yang bahagia.
Kemukakan beberapa cara untuk mewujudkan hubungan yang baik ini.

4. Generasi muda harus memainkan peranan mulai sekarang untuk memenuhi matlmat wawasan 2020. Nyatakan peranan yang harus dilaksanakan oleh generasi muda untuk memenuhi matlamat tersebut.

5. Kegiatan industri desa kurang mendapat sambutan daripada orang ramai. Cadangkan beberapa langkah yang patut diambil untuk memajukan industri tersebut.

6. Industri perfileman dikatakan semakin merosot meskipun jumlah filem yang dohasilakn semakin meningkat. Nyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemerosotan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.


CEREKA / IMAGINASI

1. Pada suatu hari minggu, anda kelaur ke bandar untuk mebeli-belah. Semasa membeli-belah seorang perempuan menegur anda. Anda cuba mengingati perempuan itu. Rupa-rupanya dia ialah teman sekelas anda yang telah lama berpisah. Ceritakan pertemuan itu.

2. Anda telah mengikuti seorang teman bercuti di kampungnya di pantai timur. Semasa bersama keluarganya berbagai-bagai pengalaman menarik telah anda alami. Kemesraan keluarganya membuat anda berasa seperti dalam keluarga sendiri. Ceritakan pengalaman anda itu.

3. Anda terpaksa bertukar sekolah kerana mengikut bapa anda yang bertugas sebagai anggota pois. Pada hari pertama anda di sekolah itu, anda terpaksa berhadapan dengan suasana baru dan juga kawan-kawan yang belum pernah anda kenal. Ceritakan pengalaman anda itu.

4. Anda telah mengikuti kakak anda untuk bercuti di Singapura dengan menaiki kereta api. Anda berasa sungguh gembira kerana ini merupakan pengalaman pertama anda menaiki kereta api. Semasa dalam perjalanan, kereta api yang anda naiki itu telah tergelincir dari landasan menyebabkan beberapa buah gerabak telah terbalik. Ceritakan pengalaman andan itu.

5. Setelah beberapa tahun berada di luar negara, maka tiba masanya untuk abang anda puang ke tanah air. Anda sekekuarga berasa begitu grmbira sekali kerana sepanjang tempoh empat tahun berada di sana, abang anda tidak pernah pulang. Apabila hari yang dinantikan itu itba, anda sekeluarga menyambut kepulangannya di lapangan terbang. Ceritakan peristiwa itu.

6. Pada minggu yang lepas anda telah menemani ibu anda ke sebuah bank untuk menyimpan wang. Semasa beratur menunggu giliran, tiba-tiba muncul dua orang lelaki bertopeng danmengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan. Ceritakan apa yang berlaku seterusnya.

7. Pada malam itu cuaca mendung dan angin bertiup kencang menandakan hujan lebat akan turun. Aku tiggal seorang diri di rumah. Sementara ayah dan ibu keluar ke pekan kerana menziarahi seorang teman. Tiba-tiba pintu di luar rumahku berdentam sepertiditolak oleh sesuatu. Aku mulai cemas dan terus menuju ke arah bilik itdur. Aku terdengar bunyi tapak kasut menuju ke arah bilikku. Lengkapkan cerita di atas supaya menjadi sebuah cerita yang menarik.



PERBINCANGAN / PENDAPAT

1. Bincangkan kebaikan dan keburukan perkembangan sektor perindustrian kepada negara.

2. Pencemaran alam sekitar berpunca daripada kelalaian manusia itu sendiri. Bincangkan.
3. Dasar Aman, Bebas dan Berkecuali yang diamalkan oleh negara-negara Asia Tenggara bermatlamat untuk untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik. Bincangkan keberkesanan dasar tersebut.

4. Kempen berkongsi kereta merupakan satu cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di bandar-bandar. Bincangkan kebaikan kempen tersebut.

5. Bincangkan faedah-faedah yang dapat disumbangkan oleh bidang sukan kepada masyarakat dan negara.

6. Komputer merupakan salah satu ciptaan sains yang empunyai banyak kegunaan. Penggunaan komputer adalah sesuai bagi negara-negara membangun seperti malaysia untuk muncul sebagai sebuahnegara yang maju. Bincangkan kebaikan-kebaikan penggunaan komputer.

7. Masalah jenayah di kalangan remaja merupakan masalah yang membimbangkan. Masalah ini dikatakan berpunca daripada sikap sambil lewa ibu bapa. Bincangkan.

8. Kemasukan tanpa izin warganegara asing ke Malaysia menimbulkan masalah dari segi ekonomi dan sosial. Bincangkan.

9. Kegiatan pertanian dan perindustrian perlu dibangunkan serentak untuk kemajuan negara. Bincangkan.

10. Masa cuti tidak seharusnya dianggap sebagai masa untuk berehat. Pelajar harus mengisi masa cuti dengan kegiatan yang berfaedah. Bincangkan penyataan di atas.

11. Penderaan kanak-kanak merupakan masalah yang semakinserius. Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya gejala ini?

12. Ada pendapat yang mengatakan bahawa iklan adalah sesuatu yang menarik tetapi tidak berguna dan kadangkala mengelirukan. Apakah pendapat anda tentang penyataan di atas?

13. Masalah kebuluran sering melanda negara-negara miskin. Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara membangun dapat membantu negara-negara tersebut.

14. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia di mahkamah adalah satu tindakan yang wajar dan patut disegerakan. Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.

15. Disiplin diri penting dalam kehidupan seseorang. Disiplin juga menjanjikan kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

16. Kegiatan rasuah di kalangan ahli-ahli sukan menyebabkan mutu sukan di negara kita semakin merosot. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Berikan pendapat anda.

17. Penglibatan kaum wanita dalam bidang pekerjaan telah menyekat kemajuan kaum lelaki. Nyatakan pendapat anda.

18. Sifat bertanggungjawab di kalangan generasi muda perlu dipupuk sejak kanak-kanak. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu untuk tujuan tersebut.

19. Masalah setinggan muncul kerana kepesatan pembangunan di sesebuah bandar. Pada pendapat anda apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

20. Sistem peperiksaan yang diamalkan oleh sistem pendidikan di negara kita patut diteruskan kerana sistem ini merupakan satu cara yang terbaik untuk menguji kebolehan seseorang pelajar. Berikan pendapat anda.

ULASAN

1. Media cetak terutamanya surat khabar berperanan sebagai sumber ilmu pengetahuan dan juga memberi panduan kepada rakyat. Ulaskan pernyataan di atas.

2. Peningkatan kes jenayah dikatakan berpunca daripada kurangnya pendidikan moral dan agama serta masalah kemiskinan dan desakan hidup. Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas.

3. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Kejayaan usaha ini bergantung kepada kegigihan rakyat untuk mengubah nasib mereka. Ulaskan pernyataan di atas.

4. Pelbagai kempen telah dilancarkan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap perkara-perkara tertentu. Namun begitu kempen-kempen ini tidak berjaya dengan sepenuhnya. Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalannya adalah sikap rakyat yang tidak peka terhadap kempen-kempen yang dilancarkan. Berikan ulasan anda.

5. Sikap yang terlalu mementingkan kebendaan menyebabkan hubungan sesama anggota masyarakat tidak lagi sekukuh dahulu. Ulaskan pernyataan tersebut.

6. Di samping berperanan sebagai tempat belajar dan mengajar, sekolah juga boleh dianggap sebagai agen penting dalam membentuk rakyat yang bersatu padu dan mempunyai rasa taat setia kepada negara. Berikan ulasan anda.

7. Ada yang berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pendirian sendiri dan bertanggungjawab dalam membentuk masa depan mereka. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.

8. Langkah kerajaan membangunkan kawasan pedalaman dengan memajukan sektor perindustrian dan pertanian serta menyediakan kemudahan asas dapat mengurangkan penghijrahan belia ke bandar. Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas.

9. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada beberapa faktor seperti kecuaian pengguna jalan raya, tidak mematuhi undang-undang jalan raya, undang-undang yang tidak dijalankan dengan sepenuhnya dan kerosakan kenderaan. Berikan ulasan anda.

10. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun memerlukan rakyat yang cegas untuk pembangunan negara. Namun, masalah sosial di kalangan belia yang semakin serius boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan negara. Berikan ulasan anda.


DIALOG / WAWANCARA

1. Sebagai seorang pemberita, anda telah ditugaskan untuk mewawancara tokoh yang telah menerima anugerah Ibu Mithali. Sediakan temu ramah anda itu.

2. Anda dikehendaki menemu ramah seorang ahli sukan berhubung dengan kejayaaannya menggondol pingat emas dalam acara olahraga di Sukan Asia. Tuliskan temu ramah anda dengan ahli sukan tersebut selengkapnya.

3. Semasa berkunjung ke negeri Trengganu, anda telah berpeluang melihat pameran dan demontrasi membuat tembaga anjura Jabatan Pelancongan sempena Pesta Trengganu. Sebagai pemberita, anda tidak melepaskan peluang untuk menemu ramah seorang pembuat tembaga yang turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Tuliskan temu ramah anda itu selengkapnya.

4. Anda dan beberapa ahli Kelab Kembara Muda sedang berbincang tentang persiapan-persiapan untuk menjelajah seluruh Malaysia. Tuliskan perbualan itu.

5. Pertubuhan beruniform yang anda sertai telah mengadakan satu lawatan ke sebuah Rumah Orang-Orang Tua. Anda sebagai pengarah projek telah berpeluang berbual dengan salah seorang penghuni di situ. Tuliskan perbualan anda dengan penghuni tersebut.







LAPORAN

1. Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang aktiviti tahunan persatuan tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan laporan itu selengkapnya.

2. Sempena Minggu Disiplin, Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu tersebut. Sebagai setiausaha kelab, anda dikehendaki menyediakan minit mesyuarat itu selengkapnya.

3. Kelab Seni dan Budaya sekolah anda telah menganjurkan pameran kraftangan orang-orang Melayu. Pameran itu diadakan sempena dengan Minggu Budaya. Anda sebagai setiausaha kelab tersebut telah diberi tanggungjawab untuk menulis laporan tentang pameran tersebut. Sediakan laporan anda dengan selengkapnya.

4. Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di negeri Kedah. Sebagai setiausaha lawatan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan tersebut. Tuliskan laporan itu selengkapnya.



CERAMAH

1. Andaikan bahawa anda pegawai kesihata. Anda telah diminta oleh sebuah sekolah untuk memberikan ceramah bertajuk “Pemakanan Yang Teratur Penting Untuk Kesihatan.” Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2. Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembangunan negara. Berhubung dengan pernyataan di atas, anda dikehendaki menyediakan satu teks ceramah yang bertajuk “Guru Sebagai Tunggak Pembangunan Negara.” Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.

3. Sejak akhir-akhir ini masalah jenayah di kalangan remaja semakin serius. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan pembangunan negara pada masa akan datang. Anda telah diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang langkah-langkah untuk mengatasi jenayah di kalangan remaja. Tuliskan teks ceramah anda itu selengkapnya.

4. Andaikan pegawai di Jabatan pendidikan. Anda telah dijemput oleh sebuah kelab untuk memberikan ceramah tentang pentingnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Sediakan teks ceramah tersebut.

5. Sebagai guru kaunseling anda dikehendaki memberikan satu ceramah tentang pentingnya disiplin dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Tuliskan teks ceramah anda itu selengkapnya.






UCAPAN

1. Sekolah anda akan melancarkan Minggu Bahasa Malaysia tidak lama lagi. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Malaysia, anda dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari pelancarannya. Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

2. Anda telah terpilih untuk menerima anugerah pelajar cemerlang. Pada hari penyampaian hadiah tersebut, anda telah diminta oleh pihak pengajur untuk menyampaikan ucapan berhubung dengan kejayaan anda. Karangkan teks ucapan anda.

3. Andaikan anda pegawai di Jabatan Alam Sekitar. Sempena perasmian Hari Alam Sekitar, anda telah dijemput oleh sebuah sekolah untuk memberi ucapan tentang pencemaran alam dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

4. Sekolah anda akan mengadakan satu pameran sains. Sebagai Presiden Persatuan Sains sekolah, anda diminta memberi ucapan sempena majlis pelancaran pameran tersebut. Tuliskan ucapan anda itu.

5. Anda telah dipilih oleh majikan tempat anda bekerja untuk mengikuti satu kursus di luar negara selama satu tahun. Rakan sepejabat anda telah mengadakan satu jamuan untuk meraikan pemergian anda. Sediakan ucapan untuk melahirkan rasa terima kasih anda atas kerjasama dan sokongan yang telah anda terima.



SYARAHAN

1. Satu pertandingan syarahan telah dianjurkan oleh persatuan sejarah di sekolah anda. Tajuk syarahan ialah “Kepentingan Sejarah Dalam Memupuk Semangat Cintakan negara. Anda turut mengambil bahagian dalam pertandingan tesebut. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.

2. Ada telah mendengar satu ceramah yang bertajuk “Membaca Dapat Membina Masyarakat Yang Berilmu.” Berpandukan isi-isi ceramah tersebut, tuliskan satu syarahan berdasarkan tajuk yang sama.

3. Anda dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang akan dipertandingan ialah “Etika Kerja Perlu Untuk Meningkatkan Produktiviti Negara.” Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

4. Anda telah meyertai satu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan yang akan anda sampaikan ialah “Pengurusan Masa Yang Berkesan Penting Bagi Membentuk individu Yang Berdisiplin. ” Tuliskan teks syarahan anda itu.

5. Sempena hari Warga Tua, satu syarahan telah diadakan di sekolah anda. Anda telah turut serta dalam pertandingan tersebut, Tajuk syarahan yang akan disampaikan ialah “Kebajikan Warga Tua Adalah Tanggungjawab Bersama.” Tuliskan semula syarahan anda itu.

October 13, 2011

CAHAYA

Fuzail bin Iyaz rah.a. adalah seorang wali yang masyur di zamannya,beliau berkata bahawa rumah-rumah di mana seseorang menyebut Allah adalah bercahaya pada pemandangan penghuni-penghuni langit seperti lampu yang terang benderang.
Sheikh Abdul Aziz Dabbagh, rah.a. adalah seorang wali yang terkemuka yang masanya tidak begitu jauh dari sekarang. beliau adalah seorang ummi(yang tidak tahu membaca dan menulis).Sungguhpun demikian beliau dapat membezakan di antara ayat suci Al-Quran, hadis Qudsi,hadis Nabwi dan hadis palsu.Dan beliau berkata:
"Apabila sesuatu perkataan yang diucapkan oleh lidah orang yang berucap maka dengan nur perkataannya itu dapat diketahui bahawa perkataan itu berasal dari siapa. Cahaya firman tuhan yang maha suci adalah berlainan dari cahaya hadis Nabi s.a.w dan ucapan-ucapan yang lain tidak mempunyai kedua-dua cahaya itu sama sekali." klik disini!

CAHAYA NURANI

Cahaya Nurani


Cahaya pendinding kejujuran
mesra ke alam mesra
berputik cahaya nun cahaya
umpama diri dalam diri

Cahaya diselubungi cahaya
mencari dan dicari
kemana dan dimana
umpama pencarian tercipta

Berilah diri ini nan dekat
keunggulan ilahi tetap bergemilangan
dapat dirasa tapi bukan dijama
rahsia dalam rahsia
CAHAYA DALAM CAHAYA...............

bukan puraan wahai sekalian insani
carilah ia dalam pencarian
necaya ketemu zat yang maha luhur
tanpa diungkap tapi menjadi kebenaran
Cahaya tidak datang dengan sendiri
tapi diikuti,diamal,dizahirkan dengan sekalian yang mengenal.
carilah wahai carilah disempadan dunia atau diujung dunia
terokai lah oleh mu tanpa jemu pasti kudrat beroleh